Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Simple dan Sedap



resepi-kuih-biskut-almond-london-sukatan-cawan-mudah
Berikut disenaraikan cara-cara untuk membuat biskut popular almond london pada hari raya aidilfitri yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

Senarai Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan diperlukan untuk membuat biskut almond london sedap

Sedikit minyak jagung
Paper cup
Coklat masakan
Badam cincang untuk hiasan
Badam biji di panggang
250g mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur

Cara-cara membuat biskut almond london:

1. Pertama sekali, pukul mentega bersama gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga rata.

2. Kedua, masukkan pula nestum yang sudah dikisar hancur, tepung jagung dan juga tepung gandum ke dalamnya. Ulikan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Ketiga, ambil sedikit doh lalu isikan badam ke dalam doh dan bentukkan doh mengikut citarasa tersendiri.

4. Keempat, bakarkan biskut pada suhu 180 darjah selama 20minit dan sehingga masak sepenuhnya. Sejukkan apabila sudah masak dan dikeluarkan daripada ketuhar.

5. Kelima, masakkan coklat masakan sehingga cair pada api perlahan, masukkan sedikit minyak jagung untuk mengilatkan coklat. Seterusnya, bolehlah celupkan biskut sebiji demi sebiji ke dalam coklat masakan yang cair tadi.

6. Terakhir, isikan biskut yang siap dicelup ke dalam paper cup dan taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan coklat membeku pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.



0 comments :