Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

resepi-sambal-hijau-berlada-cili-cabai-mudah

Sambal hijau asli atau juga dikenali dengan nama masakan sambal berlada hijau atau sambal cabai hijau merupakan antara resepi masakan padang yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat yang cukup popular di kalangan penggemarnya.

Berikut merupakan resepi istimewa sambal hijau berlada pedas berapi

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 ulas bawang putih
250g cili hijau besar
3 senduk teh minyak masak
Garam
Gula pasir
½ sudu teh air limau nipis
2 biji tomato hijau
4 ulas bawang merah
50g cili padi hijau

Cara-cara memasak sambal hijau pedas berapi sedap:

1. Mula-mula, potong cili hijau yang sudah dibuang tangkai bersama cili padi hijau.

2. Kemudian, kukuskan cili bersama bawang merah, tomato hijau, dan bawang putih lebih kurang 5 - 10 minit.

3. Toskan cili setelah siap dikukus. Tumbukkan secara kasar cili apabila cili sudah lembut.

4. Seterusnya, tumbukkan cili menggunakan lesung tetapi tidak terlalu lumat.

5. Akhir sekali, panaskan minyak masak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk sehingga sebati dan berbau harum.

6. Boleh tambahkan sedikit gula, garam, dan air perahan limau nipis sebagai penambah rasa.

7. Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan lain-lain lauk.

Sesuai dihidangkan semasa makan tengah hari dan makan malam dan ianya juga turut menjadi hidangan popular restaurant di malaysia.

Antara variasi masakan sambal hijau adalah dengan menggunakan nya bersama masakan ikan keli, ayam, ketam dan udang yang pastinya membangkitkan selera anda.

Resepi Kuih Sagu Kukus Sukatan Cawan Mudah Sedap

resepi-kuih-sagu-mata-ikan-kukus-sukatan-cawan

Kuih sagu atau lebih dikenali dengan nama sagu delima atau kuih sagu merah atau sagu mata ikan merupakan antara jenis kuih tradisional Melayu yang popular di Malaysia tidak mengira usia sama ada tua atau muda pasti akan meminatinya.

Berikut ditunjukkan cara menyediakan kuih tradisional sagu merah delima mata ikan

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan yang diperlukan:

sirap perisa rose
pewarna merah
kelapa putih parut
garam secukup rasa
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 cawan sagu

Cara penyediaan kuih sagu:

1. Mula-mula sekali, didihkan air bersama beberapa titik sirap perasa rose. Kemudian, masukkan sagu dan biarkan mendidih selama 10minit.

2. Kemudian, bila kuih kelihatan agak pekat sedikit, masukkan gula pasir dan kacau sehingga pekat.

3. Seterusnya, masukkan kuih kedalam loyang setelah kuih kelihatan agak likat untuk dikukus. Kukuskan sehingga sagu kembang dan masak (tiada putih-putih). Biarkan selama lebih kurang 20-30min.

4. Akhir sekali, sejukkan sagu yang siap dimasak. Apabila kuih masih lembap, potongkan dan gaul rata bersama dengan kelapa putih.

5. Siap untuk dihidangkan.

Hidangan kuih sagu sesuai dihidangkan sama ada pada waktu makan petang ataupun juga banyak dihidangkan semasa majlis berbuka puasa ataupun moreh ketika menjelangnya bulan Ramadhan.

Antara variasi dalam masakan kuih sagu antaranya ialah ada yang memasaknya sagu dengan mencampurkan gula merah.

10 Petua Cara Hilangkan Jeragat di Muka dan Badan

petua-cara-buang-bintik-hitam-di-muka_thumb[2]

Jeragat merupakan antara masaalah kulit yang biasa berlaku pada kebanyakan orang dan kadangkala ianya juga merimaskan.

Apakah itu jeragat?

Jeragat (in English - [ freckles ]) yang merupakan sejenis  sejenis akne vulgaris adalah salah satu bentuk atau spot yang mana akan tumbuh pada bahagian muka (pipi, hidung dan dahi) dan juga di bahagian badan yang lain. Ianya juga dikenali sebagai open comedo dalam istilah perubatan.

Jeragat akan kelihatan sebagai bintik-bintik putih ataupun hitam yang kecil.Ia adalah disebabkan oleh pembetukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka.

produk-untuk-jeragat-badan-malaysia_thumb[2]

Terdapat pelbagai cara merawat jeragat. Selain dari pelbagai jenis krim dan produk kosmetik penghilang jeragat yang terdapat di farmasi dan kedai ubat di malaysia, terdapat juga cara natural semulajadi lain yang boleh digunakan secara berkesan.

Berikut adalah cara-cara untuk menghilangkan jeragat secara tradisional dan natural dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.  Antara cara untuk hilangkan masaalah kulit jeragat hitam berkesan.

1. Baking Soda

baking-soda-pulih-jeragat

a) Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan kulit secara lembut dan mampu membuang kotoran dan sel-sel kulit mati.

b) Caranya adalah campurkan sedikit air dengan 1 sudu teh baking soda untuk membuat masker.

(c) Lakukan setiap hari atau 2 minggu sekali sebagai masker untuk mendapatkan kesan yang cepat.

(d) Elakkan mengguna baking soda jika kulit anda adalah dari jenis kulit sensitif.

2. Jus Lemon

kebaikan-jus-lemon-untuk-kulit-muka-kecantikan

a) Jus lemon kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon mampu mengelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel.ia juga mampu menghilangkan minyak yang berlebihan di permukaan kulit.

b) Caranya adalah ambil gumpalan kapas dan celupkan dengan jus lemon, oleskan seperti memakai toner muka,lakukan sebagai rutin harian di malam hari untuk mendapatkan kesan yang sangat menakjubkan.

3. Cuci Muka Dengan Kerap petua terbaik hilangkan jeragat

cara-basuh-muka-dengan-betul

a) Dengan cucian muka dengan kerap juga mampu mengurangkan masalah jeragat.cucian lebih kerap menitik beratkan tentang kebersihan kulit muka.

b) Tetapi perlu berhati-hati jangan pula sampai kulit muka terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembetukkan jeragat lebih banyak.

4. Diet Pemakanan Yang Seimbang dan Betul 

jenis-diet-makanan-seimbang-pagi-petang-malam

a) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, dari segi pengambilan makanan juga dititikberatkan,jerawat dan jeragat terbentuk dari kulit yang berminyak dan permakanan yang tiada pengawalan pengambilan makanan yang berminyak.

5. Buah Tomato

buah-tomato-khasiat-untuk-kulit-muka-jerawat-jeragat

a) Cara penggunaan buah tomato dalam merawat masaalah jeragat ialah dengan menyediakan 1 biji buah tomato

b) Kemudian basuh dan hancurkan buah tomato sehingga menjadi seperti tomato puree

c) Kemudian tomato ini diletakkan pada kulit yang mengalami jeragat dan dibiarkan selama 15 minit

d) Basuh dan bersihkan dengan air  sejuk

e) Elok untuk diamalkan sekali setiap hari

Kebaikan menggunakan buah tomato adalah kerana ianya mengandungi kadar vitamin C yang tinggi yang mana ianya mampu untuk mengurangkan aktiviti tyrosinase pada kulit. Kadar vitamin untuk hilangkan jeragat yang  tinggi dalam buah tomato membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Tomato juga mempunyai kebaikan untuk mengurangkan bintik hitam kedutan dan masalah kulit tangan yang lain

6. Campuran Baking Soda dan Castor Oil (Minyak Jarak)

kebaikan-khasiat-minyak-jarak-untuk-kecantikan

a) Bahan yang diperlukan adalah secubit baking soda dan 1-2 titik minyak jarak (castor oil)

b) Campur semua bahan dan letakkan pada kulit yang mengalami jeragat

c) Biarkan selama setengah dan kemudian bilas dengan air

d) Boleh dibuat 1-2 kali sehari

Kebaikan menggunakan baking soda dan minyak jarak adalah kerana baking soda bertindak sebagai agen untuk pengelupasan serta bertindak untuk membuang sel kulit mati dan hitam daripada lapisan atas permukaan kulit.

7. Daun lidah buaya untuk masaalah jeragat

a) Bahan adalah yang diperlukan daun lidah buaya yang segar

b) Cara penggunaan gel  lidah buaya adalah dengan menyapu pada bahagian bermasalah selama dua ke tiga minit.

c) Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air bersih

d) Gel lidah buaya sesuai dan selamat untuk dibiarkan semalaman pada kulit

e) Ulang sekali setiap hari

8. Kulit pisang sebagai cara menghilangkan jeragat dengan berkesan

a) Bahan yang diperlukan adalah kulit pisang.

b) Cara penggunaannya ialah dengan menyapu dengan menggosok bahagian dalam kulit pisang kepada kulit jeragat selama 1 hingga 2 minit

c) Kemudian biarkan sapuan kulit pisang  tersebut pada kulit selama beberapa minit sebelum dibasuh dengan air bersih

d) Ulang sekali setiap hari

e) Kebaikan menggunakan kulit pisang untuk merawat jeragat adalah kerana ianya mengandungi agen anti-penuaan dan pemutihan kulit yang dikenali sebagai gluconolactone.

9. Terung (in english –eggplant) untuk menghilangkan jeragat secara tradisional

a) Bahan yang diperlukan adalah sebiji terung

b) Cara penggunaannya ialah dengan memotong terung ke dalam bentuk yang kecil

c) Kemudian gosok potongan terung tersebut ke bahagian kulit jeragat selama dua hingga tiga minit

d) Biarkan pada kulit selama 15 minit dan kemudian basuh bahagian kulit  atau muka jeragat dengan air suam.

e) Ulang sekali setiap hari

Kebaikan penggunaan terung Sebagai ubat hilangkan jeragat di muka dan badan adalah kerana ianya mempunyai kandungan vitamin A b dan c yang tinggi serta mempunyai kandungan antioksida yang dapat membantu mengurangkan jeragat serta mencantikkan kulit

10. Jus bawang putih

a) Bahan yang diperlukan adalah 1 biji kecil bawang putih dan satu sudu kecil cuka epal (apple cider vinegar)
b) Cara nya ialah dengan memrah bawah putih sehingga keluar jus nya
c) Kemudian tambah cuka epal dan gaulkan hingga rata
d) Letakkan campuran bahan tadi ke bahagian kulit yang mengalami jeragat.
e) Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih
f) Sesuai dilakukan sekali setiap hari

Bawang putih merupakan bahan semulajadi yang digunakan sejak turun temurun dalam merawat jeragat dan bintik hitam.Asid dari jus bawang putih berguna untuk membersihkan kulit serta mencantikkan kulit.

Kesimpulan

Masaalah jeragat merupakan antara masaalah yang sangat kerap berlaku dan boleh juga mendapatkan ubat jeragat di farmasi selain dari konsultan doktor klinik bertauliah dalam mengatasi masaalah jeragat.

Juga terdapat set kecantikan produk yang popular seperti mary kay, dr murad dan lain-lain dan juga rawatan laser untuk jeragat mengikut pilihan masing-masing.

* Senarai rempah ratus asia tenggara

Guest blogger dari: http://dmanje-spa.blogspot.my

*kepada yang berminat untuk menghantar artikel dan menjadi guest blogger kami bolehlah email anda ke proxray2u@gmail.com

Remaja sidai baju jatuh tiga tingkat

remaja-parah-jatuh-sidai-baju

Remaja sidai baju jatuh tiga tingkat

Kota Kinabalu: Dalam satu insiden kejadian ngeri seorang remaja perempuan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga kediaman di pangsapuri Jalan Kayu Madang Telipok.

Resepi Kek Buah Bakar Sukatan Cawan Mudah Sedap

resepi-kek-buah-bakar-kukus-mudah-sukatan-cawan

KEK BUAH sememangnya terkenal dengan kek yang sangat manis dan enak. Kek buah pastinya digemari oleh pencinta manis-manisan.

Berikut dikongsikan bahan-bahan serta cara membuat kek buahan campuran masam-masam manis yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kek buah:

2 sudu kecil susu tepung
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
230g buahan campuran
225g tepung serbaguna
4 biji telur
250g mentega
2 sudu kecil madu
100g gula perang
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara menmbuat kek buah campuran masam-masam manis:

1. Mula-mula, oven dipanaskan pada suhu 160 C mengikut sushu pada oven masing-masing.

2. Kemudian, mentega dipukul bersama gula perang sehingga kembang putih.

3. Seterusnya, masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul hingga sebati.

4. Masukkan pula madu dan esen vanilla ke dalam acuan dan pukul hingga sebati.

5. Sementara itu ayakkan tepung serbaguna bersama serbuk penaik, serbuk kayu manis dan juga susu tepung.

6. Selepas itu, ambil 2 sudu besar tepung yang sudah diayak tadi lalu gaulkan dengan buah-buahan campuran bagi mengelakkan buah mendap ke dalam kek.

7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga sekata. Masukkan buah-buahan kering dan digaul rata.

8. Setelah siap semuanya, masukkan adunan ke dalam loyang.

9. Bakarkan kek kedalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

10. Kek boleh menjadi kering jika dibakar berlebihan.

11. Akhir sekali, cucuk kek dengan lidi sate atau lain2 selepas 35 minit dan jika lidi keluar licin, bermakna kek sudah masak sepenuhnya.

Biodata Profile Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun IGP PDRM

mohd-fuzi-harun-biodata-igp-baru-2017-pdrm

Berikut merupakan biodata profile maklumat penuh berkenaan IGP Ketua Polis terkini bagi tahun 2017 KPN ke-11

Nama Penuh: Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
Tempat Lahir: Parit,
Perak
Tarikh Lahir: 4 Mei 1959
Isteri: Puan Sri Datin Sri Azizah Hamdi
Anak: 3 orang
Pendidikan : Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM)
Advance Management and Leadership Programmes SAID Business School dari Oxford University, United Kingdom (UK).
Mula menyertai PDRM : 8 Januari 1984 sebagai Kadet ASP
Jawatan Terakhir sebelum dilantik sebagai IGP: Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jawatan yang pernah disandang:

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping
Ketua Polis Negeri Sembilan (2005)
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2006)
Ketua Polis
Selangor (2007)
Pengarah Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2010)
Timbalan Ketua Polis Negara (2011)
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Pengarah Cawangan Khas (SB)
Ketua Polis Negara (KPN) (2017)
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) (2017)

Rekod Perkhidmatan
1. 1986-1991 - Cawangan Khas (Inteligen Sosial)
2. 1991-1994 - Sambung Belajar
3. 1994-1998 - Cawangan Khas Bahagian Urus Setia
4. 1998-2005 - Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
5. 2005-2007 - Cawangan Khas (Inteligen Politik)
6. 2007-2009 - Timbalan Pengarah II Cawangan Khas, Bukit Aman
7. 2009-2014 - Pengarah Pasukan Petugas Khas (Counter Terrorism), Bukit Aman
8. 2014-2015 - Pengarah Pengurusan, Bukit Aman
9. 2015-2017 - Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman
10. 2017- Kini - Ketua Polis Negara ke-11

maklumat-mohamad-fuzi-harun

Jadual Waktu SPM 2017 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

jadual-waktu-spm-2017-peperiksaan-form-5

Berikut dipaparkan Jadual Waktu Terkini Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia. Maklumat rasmi berkenaan exam spm2017 ini dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tempoh dan waktu untuk peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia 2017 akan diadakan dari 6 November sehingga 4 Disember 2017 dan akan berlangsung selama 17 hari.

Bagi mendapatkan maklumat lain berkenaan peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, STAM dan lain-lain bolehlah dirujuk pada Takwim Peperiksaan Awam 2017 yang dikeluarkan oleh pihak LPM.

Tarikh keputusan peperiksaan SPM 2016 pula akan telah diumumkan pada 16 Mac 2017 menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).  Sementara tarikh keputusan SPM 2017 pula akan dimumkan kelak.

Para pelajar saamaada secara persendirian atau sekolah perlu membuat persiapan bagi menghadapi SPM 2017/2018.

Jadual lengkap online peperiksaaan bertulis SPM 2017

Jadual SPM hari isnin 6 november 2017 – 6/11/17

- Bahasa Melayu (kertas 1 dan kertas 2)

- Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (kertas 1)

jadual-waktu-spm-6-nov-2017-isnin-6-11-17

Jadual SPM hari Selasa 7 november 2017 – 7/11/17

- Bahasa Inggeris (kertas 1 dan kertas 2)

- Bahasa Arab (kertas 1)

- Bahasa Cina (kertas 1)

- Bahasa Tamil (kertas 1)

jadual-waktu-spm-7-nov-2017-selasa-7-11-17

Jadual SPM hari Rabu 8 november 2017 – 8/11/17

- Sejarah (kertas 1 dan kertas 2)

jadual-waktu-spm-8-nov-2017-rabu-8-11-17

Jadual SPM hari Khamis 9 november 2017 – 9/11/17

- Sejarah (kertas 3)

- Bahasa Arab (kertas 2)

- Bahasa Cina (kertas 2)

- Bahasa Tamil (kertas 2)

- Bahasa Iban, kadazandusun, perancis, punjabi

jadual-waktu-spm-9-nov-2017-khamis-9-11-17

Jadual SPM hari Isnin 13 november 2017 – 13/11/17

- Matematik (kertas 1 dan kertas 2)

- Tasawwur Islam (kertas 1)

jadual-waktu-spm-13-nov-2017-isnin-13-11-17

Jadual SPM hari selasa 14 november 2017 – 14/11/17

- Pendidikan Islam dan Pendidikan Syari’ah Islamiah (kertas 1 dan kertas 2)

- Pendidikan Moral (kertas 1)

- Bibble Knowledge

jadual-waktu-spm-14-nov-2017-selasa-14-11-17

Jadual SPM hari rabu 15 november 2017 – 15/11/17

- Prinsip Perakaunan (kertas 1 dan kertas 2)

- Pendidikan Al-quran & Sunnah (kertas 1)

jadual-waktu-spm-15-nov-2017-rabu-15-11-17

Jadual SPM hari khamis 16 november 2017 – 16/11/17

- Matematik Tambahan (kertas 1 dan kertas 2)

jadual-waktu-spm-16-nov-2017-khamis-16-11-17

 

Antara yang sering menjadi persoalan para pelajar adalah

1. Bagaimana untuk lulus spm dan apakah tips spm 2017?

Untuk lulus dengan cemerlang spm para pelajar perlulah belajar mengulangkaji pelajaran dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa sessi pembelajaran.

Juga untuk lulus dengan cemerlang peperiksaan spm, para pelajar perlulah lulus senarai mata pelajaran wajib yang merupakan mata pelajaran asas SPM

2. Berapa hari lagi spm 2017 akan diadakan?

Senarai mata pelajaran SPM 2017

Mata pelajaran wajib

Bahasa Melayu
Sejarah
Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
Science / Sains – Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.
Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
Mathematics / Matematik
Bahasa Inggeris / GCE O Level English

Resepi Kuih Biskut Arab Susu Sukatan Cawan Mudah

resepi-biskut-arab-susu-sukatan-cawan-sedap-mudah

Berikut dipaparkan cara-cara untuk memasak kuih biskut arab susu gebu yang mudah dengan menggunakan ukuran sukatan cawan yang mudah dan sedap

Senarai Koleksi Resepi emajalah2u

Bahan-bahan untuk memasak biskut arab susu :

Sedikit garam
Gula aising
Ceri  merah secukupnya
7 cawan tepung gandum
2 cawan susu tepung
2 cawan minyak sapi

Cara penyediaan biskut arab susu gebu sukatan cawan:

1. Mula-mula, campurkan susu tepung, minyak sapi dan sedikit garam ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk doh.

3. Seterusnya, bentukkan doh menjadi bulat-bulat yang kecil lalu hiaskan dengan ceri potong

4. Kemudian ianya dibakar hingga masak pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5. Akhir sekali, apabila biskut sudah masak, sejukkan sebentar dan gaulkan biskut dengan gula aising setelah sejuk sedikit.

6. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Kuih Bakar Pandan Sukatan Cawan Dengan Bijan

resepi-kuih-bakar-pandan-sukatan-cawan

Kuih bakar atau dikenali sebagai kuih bingka amat sedap dan manis dimakan. Dihiasi dengan taburan bijan rangup pastinya menjadi kegemaran di waktu minum petang. Selain berwarna hijau, kuih ini juga terdapat dalam warna kuning,coklat kekuningan dan sebagainya.

Senarai Koleksi Resepi emajalah2u

Berikut merupakan bahan dan langkah membuatnya.

Bahan-bahan diperlukan:

pewarna hijau
bijan
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
1/2 sudu teh garam
2 1/4 cawan santan
2 cawan tepung gandum

Cara-cara membuat kuih bakar pandan bijan:

1. Mula-mula, masukkan tepung gandum, mentega, santan, gula, telur, jus pandan, dan secubit garam ke dalam bekas lalu dipukul sehingga semua sebati.

2. Kemudian, masukkan pula 2 sudu teh minyak ke dalam loyang dan sapu rata.

3. Seterusnya, panaskan loyang dalam oven sementara. Apabila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.

4. Akhir sekali, taburkan bijan di atas kuih dan bakarkan pada suhu 180 C sehingga garing selama 1jam 15minit.

5. Sejukkan kuih dan dipotong lalu dihidangkan.

Resepi Kuih Getas Sukatan Cawan Asli Mudah

resepi-kuih-getas-sukatan-cawan-mudah

RESEPI KUIH GETAS TRADISIONAL SUKATAN CAWAN

Kuih getas merupakan salah satu kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan. Kuihnya agak liat kerana berintikan kelapa parut di dalamnya dan disira pula dengan gula diluarnya.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara membuat kuih getas.

Bahan 1 (kuih) :

Air secukupnya
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut

Bahan 2 (sira gula) :

1/2 cawan air
1/2 cawan gula

Kaedah penyediaan kuih getas tradisional:

1. Pertama sekali, masukkan tepung gandum, tepung pulut, kelapa parut, dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung membentuk doh yang tidak terlalu cair atau keras.

2. Kedua, bentukkan doh menjadi bujur leper dengan menggunakan tepung gandum ke atas tangan agar tepung tidak melekat.

3. Ketiga, gorengkan kuih pada minyak panas sehingga kuih kelihatan kekuning-kuningan atau sedikit garing.

4. Keempat, toskan kuih setelah siap digoreng sepenuhnya dan ketepikan.

5. Kelima, masukkan air dan gula dalam kuali baru dan didihkan pada api perlahan.

6. Akhir sekali, masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Tutup api. Gaulkan rata kuih sehingga kelihatan gula putih di bahagian kuih.

7. Sedia dihidangkan!