Resepi Kuih Getas Sukatan Cawan Asli Mudah

resepi-kuih-getas-sukatan-cawan-mudah

RESEPI KUIH GETAS TRADISIONAL SUKATAN CAWAN

Kuih getas merupakan salah satu kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan. Kuihnya agak liat kerana berintikan kelapa parut di dalamnya dan disira pula dengan gula diluarnya.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara membuat kuih getas.

Bahan 1 (kuih) :

Air secukupnya
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut

Bahan 2 (sira gula) :

1/2 cawan air
1/2 cawan gula

Kaedah penyediaan kuih getas tradisional:

1. Pertama sekali, masukkan tepung gandum, tepung pulut, kelapa parut, dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung membentuk doh yang tidak terlalu cair atau keras.

2. Kedua, bentukkan doh menjadi bujur leper dengan menggunakan tepung gandum ke atas tangan agar tepung tidak melekat.

3. Ketiga, gorengkan kuih pada minyak panas sehingga kuih kelihatan kekuning-kuningan atau sedikit garing.

4. Keempat, toskan kuih setelah siap digoreng sepenuhnya dan ketepikan.

5. Kelima, masukkan air dan gula dalam kuali baru dan didihkan pada api perlahan.

6. Akhir sekali, masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Tutup api. Gaulkan rata kuih sehingga kelihatan gula putih di bahagian kuih.

7. Sedia dihidangkan!

Post a Comment

Previous Post Next Post