Resepi Laksa Sarawak Original Asli Sedap Mudah Pedas Berempah



resepi-laksa-sarawak-original-asli-mudah

Laksa sarawak merupakan laksa yang lain daripada lain kerana memasak menggunakan ramuan yang berbau rempah yang kuat dan menusuk hidung.

Laksa sarawak juga dimakan dengan isi ayam serta pes sambal udang pedas.

Laksa sarawak tidak dimasak menggunakan ikan, malah menggunakan makanan laut seperti udang,ayam dan sayuran taugeh.

Resepi Laksa Sarawak Original Asli Sedap Mudah Pedas Berempah

Berikut dikongsikan beberapa bahan dan cara memasak laksa sarawak dan dibahagikan kepada tiga bahagian.

A. Pes laksa sarawak

Bahan-bahan untuk membuat pes yang mudah (anggaran 200g):

sedikit minyak menumis
sedikit garam
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1/4 cawan bijan - goreng tanpa minyak
1/4 cawan kacang tanah - goreng
10-12 tangkai cili kering
1 inci belacan bakar
1 inci lengkuas
2-3 batang serai

Cara-cara membuat pes laksa:

1. Pertama, kisarkan bawang merah,bawang putih,cili kering,lengkuas,buah keras,serai,dan belacan bakar sehingga lumat.

2. Kedua, tumbuk halus atau kisar jintan manis, jintan putih, kacang tanahketumbar dan bijan lalu dicampurkan dalam bahan yang dikisar tadi.

3. Ketiga, panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tadi sehingga warna kelihatan keperang-perangan. Tambahkan gula & garam secukup rasa. Kacau rata.

4. Terakhir, simpan di dalam bekas yang bertutup dan letakkan dalam peti ais jika ingin menyimpan pes lebih lama untuk kegunaan lain hari.

................................................................

B. Laksa Sarawak:

Bahan-bahan diperlukan:

**anggaran 6-7 orang makan

4 biji telur goreng dadar - dihiris halus

1 bungkus bihun - siap direndam & dicelur

1/2 kilo udang basah

isi ayam - direbus dan dicarik halus

garam dan gula secukup rasa

200-250 ml santan pekat

200 g pes atau perencah laksa

2 batang serai - diketuk

taugeh - dicelur

sedikit daun ketumbar - dicarik

limau kasturi - belah dua

Cara-cara menyedikan laksa sarawak:

1. Mula-mula, jerangkan air sebanyak 2l ke dalam satu periuk. Masukkan udang yang dibersihkan bersama serai dan rebus sehingga udang masak.

2. Kemudian, toskan udang setelah udang masak. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang dan kacau menggunakan api perlahan.

3. Seterusnya, masukkan santan dengan secubit garam dan gula mengikut citarasa. Biarkan sehingga masak.

4. Akhir sekali, masukkan bihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan hiasan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, dan isi ayam. Tuangkan kuah ke atas bihun dan hidangkan sementara masih panas.

5. Laksa sarawak enak dimakan bersama sambal udang kering yang pedas dan pekat.

......................................................................................

C. Sambal udang kering:

Bahan-bahan diperlukan:

segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)

sedikit belacan bakar (dikisar)

6 biji bawang merah (dikisar)

4-5 sudu makan cili kisar secukupnya

sedikit air asam jawa

garam dan gula penambah rasa

2 ulas bawang putih (dikisar)

3 Cara mudah menumis sambal udang kering:

1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.

2. Letakkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan air asam jawa sedikit-sedikit.

3. Kacau sehingga pekat.



0 comments :