Resepi Laksa Johor Mudah Asli Sedap

Laksa Johor amat unik sedikit kerana penggunaan mee daripada jenis mee 'spagetti'. Jika dibandingkan dengan negeri lain, penggunaan laksa daripada tepung beras dan sebagainya.

Dikatakan, Johor mempunyai sejarah tersendiri yang mengatakan pengaruh daripada kerabat diraja yang berasal daripada barat.

Resepi Laksa Johor Mudah Asli Sedap

Laksa Johor pastinya mempunyai peminatnya tersendiri. Dibawah dikongsikan resepi pembuatan laksa Johor.

resepi-laksa-johor-mudah-asli-sedap

 

*gambar hiasan (kredit foto: jazziana)

SENARAI PENUH KOLEKSI RESEPI EMAJALAH2U

Bahan-bahan diperlukan untuk memasak ramuan laksa johor:

santan
minyak masak
2 sudu besar rempah kari daging
2-3 keping asam keping
3 sudu besar kerisik
5 helai daun pudina
garam
gula melaka
1kg ikan parang atau sardin (boleh campur)
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai

Bahan-bahan stock udang:

kulit & kepala udang
2 ulas bawang putih dihiris

Bahan kisar halus dalam masakan laksa johor tradisional (i):

8-10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar
1.5'' kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering
2'' halia
1 1/2 sudu besar udang kering - rendam lembut
2'' lengkuas
4 batang serai

Bahan kisar halus (ii):

isi udang
isi ikan rebus
100g isi ikan kurau masin - rendam lembut

Bahan untuk spageti laksa johor:

sedikit minyak masak
air secukupnya
1 sudu besar garam
1 pkt spageti 

Bahan-bahan untuk hiasan ulaman:

bunga kantan
daun kesum
kacang panjang
limau kasturi
lobak masin
taugeh
timun - dihiris nipis
daun selasih
bawang besar

Bahan sambal belacan:

6-8 biji cili merah
air perahan jus limau kasturi
belacan bakar
10-15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa

Kaedah penyediaan laksa Johor spageti kuning diraja:

A. stok udang:

1. Kisarkan bawang putih bersama kepala dan kulit udang sehingga halus. Tapis airnya.

B. spageti:

1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan garam dan spaghetti kering dan rebuskan sehingga spageti masak.

2. Gaulkan spageti bersama sedikit minyak agar tidak melekat dan toskan apabila sudah masak.

C. kuah laksa:

1. Mula-mula, panaskan minyak masak dan masukkan bahan kisar halus (i) tadi lalu ditumis sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan serai dititik bersama serbuk kari. Kacaukan bahan di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan menjadi garing.

3. Seterusnya, masukkan bahan kisar halus (ii), bersama air stok udang dan air rebusan ikan tadi. Masak sehingga mendidih.

4. Selepas itu, masukkan santan, kerisik, bunga kantan, daun pudina, daun kesum, gula melaka, asam keping dan garam secukup rasa.

5. Didihkan kuah di atas api perlahan sehingga kelihatan pekat dan masak sepenuhnya.

6. Akhir sekali, hidangkan bersama spageti, bahan-bahan ulaman yang disediakan tadi.

D. sambal beacan:

1. Pertama sekali, kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Jangan dikisar bersama air dan jangan mengisar terlalu halus. Biarkan agak kasar sedikit.

2. Keduanya, perahkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan!

Post a Comment

Previous Post Next Post