Resepi Kek Pandan Span Simple Sukatan Cawan Mudah Sedap Masak



resepi-kek-pandan-span-sukatan-cawan-simple

Resepi Kek Pandan Span Simple Sukatan Cawan Mudah Sedap Masak

Berikut dikongsikan resepi cara untuk membuat kek pandan simple dengan menggunakan sukatan cawan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk diayak bersama dalam resepi kek pandan span mudah:

5 biji telor gred A
40 ml air pandan/air/susu segar
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecik esen vanilla@esen pandan
125 gram tepung gandum / tepung kek / tepung super
125 gram gula kastor
1 sudu besar baking powder
70 gram butter cair / minyak masak
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara memasak penyediaan kek pandan span sedap dimakan dan lembut:

1. Dimulakan dengan memanaskan oven pada sekitar 170-190°C

2. Masukkan telur, gula, tepung, ovalette, dan serbuk penaik baking powder dalam mangkuk adunan dan dipukul selama 5 minit menggunakan mesin pengadun sehingga camburan menjadi sebati, pekat dan gebu.

3. Masukkan pewarna, butter cair, esen pandan (pes pandan) dan air pandan / air / susu segar dan pukul semua sekali hingga benar-benar sebati dan ringan.

4. Sediakan loyang bulat 4 segi 8 inci untuk memasak yang siap dialas menggunakan baking paper.

5. Tuang adunan ke dalam loyang dan siap dibakar selama 40-45 minit.

6. Siap dimasak boleh dihidang.



0 comments :