Resepi Kuih Sagu Kukus Sukatan Cawan Mudah Sedap

resepi-kuih-sagu-mata-ikan-kukus-sukatan-cawan

Kuih sagu atau lebih dikenali dengan nama sagu delima atau kuih sagu merah atau sagu mata ikan merupakan antara jenis kuih tradisional Melayu yang popular di Malaysia tidak mengira usia sama ada tua atau muda pasti akan meminatinya.

Berikut ditunjukkan cara menyediakan kuih tradisional sagu merah delima mata ikan

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan yang diperlukan:

sirap perisa rose
pewarna merah
kelapa putih parut
garam secukup rasa
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 cawan sagu

Cara penyediaan kuih sagu:

1. Mula-mula sekali, didihkan air bersama beberapa titik sirap perasa rose. Kemudian, masukkan sagu dan biarkan mendidih selama 10minit.

2. Kemudian, bila kuih kelihatan agak pekat sedikit, masukkan gula pasir dan kacau sehingga pekat.

3. Seterusnya, masukkan kuih kedalam loyang setelah kuih kelihatan agak likat untuk dikukus. Kukuskan sehingga sagu kembang dan masak (tiada putih-putih). Biarkan selama lebih kurang 20-30min.

4. Akhir sekali, sejukkan sagu yang siap dimasak. Apabila kuih masih lembap, potongkan dan gaul rata bersama dengan kelapa putih.

5. Siap untuk dihidangkan.

Hidangan kuih sagu sesuai dihidangkan sama ada pada waktu makan petang ataupun juga banyak dihidangkan semasa majlis berbuka puasa ataupun moreh ketika menjelangnya bulan Ramadhan.

Antara variasi dalam masakan kuih sagu antaranya ialah ada yang memasaknya sagu dengan mencampurkan gula merah.

Post a Comment

Previous Post Next Post