10 Petua Cara Hilangkan Jeragat di Muka dan Badan

petua-cara-buang-bintik-hitam-di-muka_thumb[2]

Jeragat merupakan antara masaalah kulit yang biasa berlaku pada kebanyakan orang dan kadangkala ianya juga merimaskan.

Apakah itu jeragat?

Jeragat (in English - [ freckles ]) yang merupakan sejenis  sejenis akne vulgaris adalah salah satu bentuk atau spot yang mana akan tumbuh pada bahagian muka (pipi, hidung dan dahi) dan juga di bahagian badan yang lain. Ianya juga dikenali sebagai open comedo dalam istilah perubatan.

Jeragat akan kelihatan sebagai bintik-bintik putih ataupun hitam yang kecil.Ia adalah disebabkan oleh pembetukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka.

produk-untuk-jeragat-badan-malaysia_thumb[2]

Terdapat pelbagai cara merawat jeragat. Selain dari pelbagai jenis krim dan produk kosmetik penghilang jeragat yang terdapat di farmasi dan kedai ubat di malaysia, terdapat juga cara natural semulajadi lain yang boleh digunakan secara berkesan.

Berikut adalah cara-cara untuk menghilangkan jeragat secara tradisional dan natural dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.  Antara cara untuk hilangkan masaalah kulit jeragat hitam berkesan.

1. Baking Soda

baking-soda-pulih-jeragat

a) Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan kulit secara lembut dan mampu membuang kotoran dan sel-sel kulit mati.

b) Caranya adalah campurkan sedikit air dengan 1 sudu teh baking soda untuk membuat masker.

(c) Lakukan setiap hari atau 2 minggu sekali sebagai masker untuk mendapatkan kesan yang cepat.

(d) Elakkan mengguna baking soda jika kulit anda adalah dari jenis kulit sensitif.

2. Jus Lemon

kebaikan-jus-lemon-untuk-kulit-muka-kecantikan

a) Jus lemon kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon mampu mengelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel.ia juga mampu menghilangkan minyak yang berlebihan di permukaan kulit.

b) Caranya adalah ambil gumpalan kapas dan celupkan dengan jus lemon, oleskan seperti memakai toner muka,lakukan sebagai rutin harian di malam hari untuk mendapatkan kesan yang sangat menakjubkan.

3. Cuci Muka Dengan Kerap petua terbaik hilangkan jeragat

cara-basuh-muka-dengan-betul

a) Dengan cucian muka dengan kerap juga mampu mengurangkan masalah jeragat.cucian lebih kerap menitik beratkan tentang kebersihan kulit muka.

b) Tetapi perlu berhati-hati jangan pula sampai kulit muka terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembetukkan jeragat lebih banyak.

4. Diet Pemakanan Yang Seimbang dan Betul 

jenis-diet-makanan-seimbang-pagi-petang-malam

a) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, dari segi pengambilan makanan juga dititikberatkan,jerawat dan jeragat terbentuk dari kulit yang berminyak dan permakanan yang tiada pengawalan pengambilan makanan yang berminyak.

5. Buah Tomato

buah-tomato-khasiat-untuk-kulit-muka-jerawat-jeragat

a) Cara penggunaan buah tomato dalam merawat masaalah jeragat ialah dengan menyediakan 1 biji buah tomato

b) Kemudian basuh dan hancurkan buah tomato sehingga menjadi seperti tomato puree

c) Kemudian tomato ini diletakkan pada kulit yang mengalami jeragat dan dibiarkan selama 15 minit

d) Basuh dan bersihkan dengan air  sejuk

e) Elok untuk diamalkan sekali setiap hari

Kebaikan menggunakan buah tomato adalah kerana ianya mengandungi kadar vitamin C yang tinggi yang mana ianya mampu untuk mengurangkan aktiviti tyrosinase pada kulit. Kadar vitamin untuk hilangkan jeragat yang  tinggi dalam buah tomato membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Tomato juga mempunyai kebaikan untuk mengurangkan bintik hitam kedutan dan masalah kulit tangan yang lain

6. Campuran Baking Soda dan Castor Oil (Minyak Jarak)

kebaikan-khasiat-minyak-jarak-untuk-kecantikan

a) Bahan yang diperlukan adalah secubit baking soda dan 1-2 titik minyak jarak (castor oil)

b) Campur semua bahan dan letakkan pada kulit yang mengalami jeragat

c) Biarkan selama setengah dan kemudian bilas dengan air

d) Boleh dibuat 1-2 kali sehari

Kebaikan menggunakan baking soda dan minyak jarak adalah kerana baking soda bertindak sebagai agen untuk pengelupasan serta bertindak untuk membuang sel kulit mati dan hitam daripada lapisan atas permukaan kulit.

7. Daun lidah buaya untuk masaalah jeragat

a) Bahan adalah yang diperlukan daun lidah buaya yang segar

b) Cara penggunaan gel  lidah buaya adalah dengan menyapu pada bahagian bermasalah selama dua ke tiga minit.

c) Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air bersih

d) Gel lidah buaya sesuai dan selamat untuk dibiarkan semalaman pada kulit

e) Ulang sekali setiap hari

8. Kulit pisang sebagai cara menghilangkan jeragat dengan berkesan

a) Bahan yang diperlukan adalah kulit pisang.

b) Cara penggunaannya ialah dengan menyapu dengan menggosok bahagian dalam kulit pisang kepada kulit jeragat selama 1 hingga 2 minit

c) Kemudian biarkan sapuan kulit pisang  tersebut pada kulit selama beberapa minit sebelum dibasuh dengan air bersih

d) Ulang sekali setiap hari

e) Kebaikan menggunakan kulit pisang untuk merawat jeragat adalah kerana ianya mengandungi agen anti-penuaan dan pemutihan kulit yang dikenali sebagai gluconolactone.

9. Terung (in english –eggplant) untuk menghilangkan jeragat secara tradisional

a) Bahan yang diperlukan adalah sebiji terung

b) Cara penggunaannya ialah dengan memotong terung ke dalam bentuk yang kecil

c) Kemudian gosok potongan terung tersebut ke bahagian kulit jeragat selama dua hingga tiga minit

d) Biarkan pada kulit selama 15 minit dan kemudian basuh bahagian kulit  atau muka jeragat dengan air suam.

e) Ulang sekali setiap hari

Kebaikan penggunaan terung Sebagai ubat hilangkan jeragat di muka dan badan adalah kerana ianya mempunyai kandungan vitamin A b dan c yang tinggi serta mempunyai kandungan antioksida yang dapat membantu mengurangkan jeragat serta mencantikkan kulit

10. Jus bawang putih

a) Bahan yang diperlukan adalah 1 biji kecil bawang putih dan satu sudu kecil cuka epal (apple cider vinegar)
b) Cara nya ialah dengan memrah bawah putih sehingga keluar jus nya
c) Kemudian tambah cuka epal dan gaulkan hingga rata
d) Letakkan campuran bahan tadi ke bahagian kulit yang mengalami jeragat.
e) Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih
f) Sesuai dilakukan sekali setiap hari

Bawang putih merupakan bahan semulajadi yang digunakan sejak turun temurun dalam merawat jeragat dan bintik hitam.Asid dari jus bawang putih berguna untuk membersihkan kulit serta mencantikkan kulit.

Kesimpulan

Masaalah jeragat merupakan antara masaalah yang sangat kerap berlaku dan boleh juga mendapatkan ubat jeragat di farmasi selain dari konsultan doktor klinik bertauliah dalam mengatasi masaalah jeragat.

Juga terdapat set kecantikan produk yang popular seperti mary kay, dr murad dan lain-lain dan juga rawatan laser untuk jeragat mengikut pilihan masing-masing.

* Senarai rempah ratus asia tenggara

Guest blogger dari: http://dmanje-spa.blogspot.my

*kepada yang berminat untuk menghantar artikel dan menjadi guest blogger kami bolehlah email anda ke proxray2u@gmail.com

1 Comments

  1. Hi.

    Nice blog sis.. 👍🏻👍🏻

    Salam perkenalan, Saya Nora.. jemput singgah blog saya, noramie79.blogspot.com.. topik berkaitan tips sihat cantik dan jana income.. ☺️☺️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post