Resepi Kuih Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan



Berikut dikongsikan tentang kaedah resepi biskut sarang semut yang sedap dan mudah dengan cara masak yang menggunakan sukatan cawan.

Bahan-bahan diperlukan untuk biskut sarang semut mudah:

cokelat chip
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 ketul buttercup
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 1/4 cawan gula kastor

Cara-cara membuat biskut sarang semut:

1. Pertama sekali, masukkan buttercup dan gula kastor lalu pukulkan sehingga kembang.

2. Kemudian, masukkan pula telur dan esen vanilla ke dalam bahan tadi dan pukulkan sehingga kembang dan sebati.

3. Setelah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan tepung naik sendiri dan baking powder ke dalam adunan. Pukulkan hingga sebati dengan perlahan.

4. Selepas itu, adunan tepung tadi pastikan menjadi doh. Tambahkan sedkit demi sedikit tepung sehingga doh dapat diuli dan tidak lembik.

5. Langkah seterusnya, dengan menggunakan penyagat, sagat doh secara perlahan dan berhati-hati.

6. Kemudian, masukkan doh yang sudah disagat kedalam paper cup dan taburkan cokelat chip mengikut sukatan sendiri.

7. Akhir sekali, susunkan biskut yang sudah siap kedalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit sehingga masak.



0 comments :