Resepi Kuih Cakoi Sedap dan Lembut Step by Step




Berikut dipaparkan senarai kaedah cara-cara memasak resepi kuih cakoi yang sedap dan lazat. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih cakoi:

- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil garam
- 400 g tepung gandum
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu kecil yis kering
- 1 biji kuning telur
- 1 cawan air
- 1 sudu besar marjerin (dicairkan)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-Cara Membuat Kuih Cakoi Mudah Sukatan Cawan:

1- Mula-mula, campurkan susu pekat,gula pasir,yis,telur,marjerin,soda bikarbonat,garam dan air kedalam satu mangkuk.

2. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan dan uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat.

3. Seterusnya, doh direhatkan selama 30 minit dan ditutup dengan kain yang lembap.

4. Selepas itu, canaikan doh tersebut dengan berbentuk persegi, 1/2 cm tebal, dan tindihkan doh menggunakan lidi atau chopstik kayu.

5. Akhir sekali, gorengkan cakoi sehingga kekuningan.



0 comments :