Resepi Kuih Keria Guna Sukatan Cawan Gula Melaka Mudah Sedap

Kuih keria merupakan salah satu kuih yang enak dimakan selain rasanya juga manis. Keria seperti donat namun, berlainan bahan dan cara membuatnya. Selain menggunakan gula pasir, keria juga boleh digunakan bersama gula melaka.

Resepi Kuih Keria Guna Sukatan Cawan Gula Melaka Mudah

resepi-kuih-keria-minum-petang

 

*gambar hiasan (kredit gambar : keriagulamelaka_ns)

Berikut merupakan bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan kuih keria gula melaka:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 500g ubi keledek
- 1 sudu besar tepung beras

Bahan-bahan sira gula melaka
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu besar gula batu
- 1 sudu besar gula pasir
- 2 keping gula melaka
- 1 cawan air

Cara - cara membuat kuih keria gula melaka:
1. Mula-mula, kupas keledek dan potong dengan sederhana besar. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga empuk.

2. Kemudian, toskan air setelah keledek siap direbus.

3. Seterusnya, lenyekkan rebusan keledek dan masukkan tepung gandum, tepung beras serta soda bikarbonat. Gaul sebati.

4. Selepas itu, bentukkan adunan secara bulatan dan tebuk di tengah adunan seperti bentuk donat.

5. Akhir sekali, gorengkan kuih dengan minyak yang banyak sehingga menjadi warna kekuning-kuningan. Toskan kuih setelah masak.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Cara - cara membuat sira gula melaka:

1. Masukkan gula pasir, gula batu, gula merah, gula melaka dan air kedalam kuali panas.

2. Biarkan sehingga kesemua bahan tadi mendidih, bolehlah masukkan kuih keria dan gaul sehingga kuih bersalut gula.

3. Angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis setelah merasa gula agak berat.

4. Pisahkan segera kuih0kuih tadi agar tidak melekat.

5. Biarkan kuih sedikit sejuk seketika untuk rasa yang lebih sedap dan enak.

**Tips:

Jika adunan jadi melekit elakkan daripada menambah tepung, sebaliknya gunakan minyak masak untuk memudahkan pembentukan kuih keria.

Post a Comment

Previous Post Next Post