Resepi Dessert Pavlova Mini Sweet Sedap Murah Mudah



resepi-pavlova-sedap-mini-pavlova-kiwi-strawberi

Berikut adalah merupakan koleksi resepi dapur Dessert Pavvlova Mini Sweet dan Lembut

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Resepi Dessert Pavlova Mini Sweet Sedap Murah Mudah

Bahan-bahan sweet pavlova yang diperlukan:

1 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
4 biji putih telur
Sediakan loyang beralas baking paper
Lukis bulatan diameter 8'' atas baking paper
Terbalikkan kertas- Panaskan oven pada suhu 170 C
Turunkan suhu kepada 120-100C apabila pavlova dimasukkan ke dalam oven

Cara-cara membuat sweet pavlova sedap yang mudah:

1. Mula-mula, pukul putih telur dengan kelajuan maksima sehingga gebu.

2. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam telur putih tadi. Pukulkan sehingga kental.

3. Seterusnya, sekalikan tepung jagung, cuka dan esen vanilla ke dalam satu bekas kecil. Kacau perlahan sehingga larut dan sebati.

4. Selepas itu, masukkan ke dalam adunan telur putih tadi. Gaul rata menggunakan spatula.

5. Tuangkan adunan ke atas baking paper yang telah dilukis bulatan tadi. Ratakan dengan baik. Ratakan adunan dengan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.

6. Akhir sekali, bakarkan pavlova pada suhu 120-100C selama 1 - 1j 15m ataupun sehingga permukaan pavlova kelihatan kering dan keras.

7. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga pavlova sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan-bahan hiasan untuk sweet pavlova sedap:

Blueberry
Strawberry
Markisa
Kiwi
Wiping Cream

Cara-cara membuatnya:

1. Pertama, whiping cream dipukul pada kelajuan maksima sehingga kental.

2. Kedua, letakkan krim atas pavlova.

3. Ketiga, hiaskan pavlova dengan buahan segar mengikut citarasa.

4. Terakhir, taburkan markisa ke atas pavlova.



0 comments :